Peleburan nuklear (
Bahasa Inggeris: nuclear meltdown) ialah gelaran untuk kemalangan
reaktor nuklear parah yang mengakibatkan kerosakan
teras akibat terlebih panas. Istilah ini tidak ditakrifkan secara rasmi oleh
Agensi Tenaga Atom Antarabangsa[2] Namun demikian, ia telah ditakrifkan sebagai peleburan teras reaktor nuklear secara tidak sengaja,
[3] sama ada ia rosak separa atau sepenuhnya, yakni "
kemalangan teras lebur" dan "
teras lebur separa"
[4]Kemalangan teras lebur berlaku apabila haba yang dijana oleh reaktor nuklear melebihi haba yang disingkirkan oleh sistem pendingin pada takat yang mana sekurang-kurangnya satu unsur bahan api nuklear mencecah
takat leburnya. Ini berbeza dengan
kegagalan unsur bahan api yang tidak disebabkan oleh perubahan suhu. Peleburan ini mungkin diakibatkan oleh
kehilangan pendingin, kehilangan tekanan pendingin, atau kadar aliran pendingin rendah atau
ekskursi kegentingan yang mana reaktor itu dikendalikan pada tahap kuasa yang melebihi had yang ditetapkan oleh rekabentuknya. Apabila unsur-unsur bahan api reaktor mulai lebur,
kurungan utama pecah, maka bahan api nuklear (seperti
uranium,
plutonium atau
torium) dan
hasil pembelahan di dalam unsur-unsur tersebut (seperti
cesium-137,
krypton-88, atau
iodine-131) boleh melarut resap ke dalam pendingin. Kerosakan selanjutnya membolehkan bahan-bahan radioisotop ini untuk memecah lapisan-lapisan kurungan yang selanjutnya.
Wap superpanas dan logam panas di dalam teras boleh menyebabkan
interaksi bahan api-pendingin,
letupan hidrogen, atau
tukul air, mana-mana sahaja daripada ini boleh memusnahkan kurungan. Peleburan ini dipandang amat berat kerana kemungkinan walau setipis mana bahawa
bahan-bahan radioaktif yang panjang
separuh hayatnya mampu memecah segala kurungan dan melepas ke dalam
alam sekitar, mengakibatkan
pencemaran dan
luruhan, serta menyebabkan manusia dan haiwan yang hidup berdekatan
keracunan radiasi. Jumlah bahan
radioaktif yang terlepas ke dalam persekitaran akibat teras lebur ini disukat dalam
becquerel atau
curie.